Friday, 17 February 2017

TERLALU BAIK atau BODOH?

Wahai sang Hawa,
Kita serupa. Kita sama.

Mempunyai perasaan dan hati yang lembut.
Yang mudah cair dan mudah dipujuk.

Tetapi,
Adakah kau sedar?
Kita mudah diperbodohkan.
Kerana kita terlalu baik tanpa usul periksa.

Sedarlah hawa.
Jangan biarkan diri itu diperbodoh manusia.
Kerna kita terlalu berharga.
Tiada harga yang mampu tandingi diri kita.

Jika kita pandai menjaga diri.
Mempertahankan maruah dan nama baik sendiri.

Jangan malukan diri sendiri.
Mengejar sang ajnabi yang hanya bermain kata.
Kata yang langsung tiada jujurnya.

Ya, tiada salahnya membuat baik.
Tetapi jangan erti baik itu menjadi erti bodoh.

Hati-hati.
Sayangi dirimu wahai saudari.

Teruskan hidupmu dengan kuat.
Kerana Tuhan itu wujud.
Memerhatikan dirimu.

Dan ingatlah,
Perbuatan sang durjana itu,
Pasti dibalas Tuhan yang Maha Esa.

Kepada Sang Durjana,
Terima kasih atas perbuatanmu.
Aku menunggu balasan Tuhan kepadamu.


17Februari2017
2152
-krmh


 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg