Friday, 25 November 2016

MISI MENCARI GENG STPM 2016/2017

25 November 2016
11:25 AM
NEW FACE OF http://theonlygirl98.blogspot.my/

--------------------------------------------------

Assalamualaikum

Tamat sudah penggal 1 STPM 2016/2017.
Alhamdulillah.
Aku start exam 16 until 21 November.

  • Pengajian Am
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah

Alhamdulillah tawakkaltualallah :)
Siapa yang ambik stpm komen plis! :) I want to know you. Boleh contact contact tanya soalan or tukar soalan trial negeri untuk tahun depan, penggal 2 dan 3. Amacam?

Macam mana exam korang? Hope everything went well!
Aku nak share pengalaman aku jawab exam 4 paper tu. Hope tak bosan hahaha. Kalau bosan, boleh skip. hehe tiada paksaan :)

Pengajian am - Alhamdulillah. Untuk paper PA, sehari sebelum exam, cg aku ada tegur essay aku pendek. Limit 250 patah perkataan, aku buat 230 patah perkataan. So, time exam tu, aku try buat cukup cukup 250 pp or lebih sikit (cg aku cakap takpe lebih dalam 5 pp) And alhamdulillah sempat siapkan semua :)

Kesusasteraan Melayu Komunikatif - Alhamdulillah. Paper ni lepas je paper PA. I did my best. Tapi taktahu la macam mana sebab mpm ni kadang kadang suka tukar format markah secara tiba tiba. Hope my year, mpm baik hati ameen :')

 Bahasa Melayu - Alhamdulillah even aku panik. BM ada 3 bahagian. Bahagian essay tu aku panik sebab aku dapat fikir 5 isi daripada 6 isi. Then aku takboleh nak letak kesimpulan direct sbb aku dah bahagikan patah perkataan tu untuk setiap perenggan. Kalau aku skip isi ke6, patah perkataan aku tak cukup 600-650. So, 30minit terakhir, aku pakat bedal je isi tu. Harap sangat Tuhan tolong aku lembutkan penanda paper aku ameen :')

Sejarah - Alhamdulillah. Subjek ni subjek yang aku nak sangat skor A sebab qualified nak sambung law, sejarah kena strong :') InshaaAllah doakan aku pls :') Time jawab paper Sejarah, aku nak jawab soalan pasal PBB. Tapi aku takut aku tertukar dengan isi NATO. Then aku jawab Adam Smith. Aku harap cara aku huraikan isi Adam Smith tu betul. Ameen :') Tapi soalan PBB tu memang betul sebenarnya isi yang aku ingat. Tapi Allah takdirkan aku jawab Adam Smith. Allah. Semoga aku tawakkal lillahitaala :')

-------------------------------------------- 

One more thing aku nak luahkan pasal pelajar yang ambil STPM.

TOLONG. TOLONG. DAN TOLONG. Jangan fikir nak REPEAT!
Cikgu aku cakap "Bila kita fikir kita repeat, kita memang akan repeat. Bila kita fikir kita tak repeat, kita memang tak akan repeat."

Please...
Jangan la fikir nak repeat. Even kita memang boleh repeat. Kau sanggup ke penggal 3 nanti, kau kena study untuk penggal 1 dan 2 balik without pertolongan/pembelajaran daripada cg. Sanggup ke?

Kalau kau rajin, kau p tanya senior senior kau yang repeat. Mesti diorang memang menyesal gila repeat paper. Dahla 1 paper = RM50. Bagi kau yang daripada keluarga senang, memang kau tak kisah. Tapi aku yang daripada keluarga susah ni, fikir 1234kali nak repeat :')

Ayuh, start penggal 2 kita struggle macam orang gile k? HAHA! Serious, kita belajar untuk masuk U kan? Untuk banggakan mak ayah kita kan? So, jangan sia siakan peluang yang ada :)

Akhir sekali, niat dalam hati.
BELAJAR KERANA ALLAH.

Adios!
Terima kasih :) 
Put your comment below stpm's candidates :)

10 comments:

  1. akak pun amik STPM dulu, cuma x amik kesusateraan, amik pengajian perniagaan. Memang seronok bila dapat A dalam subjek sejarah tu. Good Luck k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Sekarang akak study lagi ke? Subjek Pengajian Perniagaan takde dalam silibus sekolah saya huhu :)

      Delete
  2. akak pelajar STPM aliran kemanusiaan. Dah nak abis form 6 dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah akak upper 6 la ni? Selamat cuti 9bulan :P Hahaha :) Goodluck on your result :D

      Delete
  3. Karimah, do pray for my final exam next week. :D

    ReplyDelete
  4. Gd luck sis... semoga sis berjaya dgn cemerlang dalam SPM nanti... belajar kerana Allah tuk menggapai syurga, insyaaAllah Allah akan tunjukkan jalanNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou! :) inshaaAllah terima kasih ;D

      Delete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg