Wednesday, 18 May 2016

Kisah UPU dan aku.

Assalamualaikum.

Hai orang orang di sana. Semoga sihat sentiasa ameen :D
Hai jugak dekat batch98 yang sudi jenguk sini, komen sikit nanti aku usyar blog korang! :)

Harini nak story pasal kisah UPU dan aku.

Aku syak mesti semua dah tahu yang result UPU dah keluar 16mei2016 baruni. Tahniahhh kepada semuaaa batch98 yang dapat apa yang korang impikan! Yang tak dapat apa yang korang nak or takdapat langsung, jangan risau perjalanan korang tak berhenti setakat tu (ayat untuk diri sendiri uhuk >.<)

Huhu.
Yup. Aku tak dapat yang aku impikan.

Sedih?
Haruslah. Impian aku dari kecik dah semakin pudar. Harapnya tak.

Takboleh terima?
Em susah nak cakap. Aku tengah dalam proses penerimaan. InshaaAllah.

Dapat course apa? U mana?
Alhamdulillah dapat uitm raub pahang, course diploma statistik.

Kenapa tak pergi?
Em minatku bukan ke arah itu.

Minat apa?
Minat law dan bercita'cita untuk jadi lawyer.

So, sambung mana lepasni?
InshaaAllah sambung form6 ambil STPM aliran agama. Semalam baru p mintak.

Form6 sekolah mana?
InshaaAllah salah satu antara SMKA Sheikh Abdul Malek or SMKA Durian Guling, Terengganu. Tak dapat dua dua, nak mohon SMASZA Terengganu. Harapnya dapat antara dua tu.

Kenapa baru mintak?
Aku tak dapat form6. Dapat matrik. Semua orang akan dapat salah satu je.

Kenapa tak pergi matrik?
Tak minat langsung sains or akaun. Lagipun cita'cita aku lawyer kan?

Bukan nak IPG?
InshaaAllah kalau dapat IPG (ameen), p sanalah.

Bukan nak jadi lawyer?
Em, abah aku cakap IPG pilihan pertama. So, aku kan anak solehah hiks hahah!

Bila masuk form6?
Sekarang tengah tunggu panggilan dari ppd. Katanya nak call harini or esok. Cepatlah call! T.T

Hah! Okay tu je kot soalan yang orang akan tanya bila bab sambung belajar ni kan? Haha kalau ada soalan lagi, tanyalah kat komen k (bajet orang nak tanya haha) Kalau tanya aku pasal form6, aku rasa form6 memang bagus! Tapi yang peritnya bila dengki tengok kawan'kawan p masuk u semua! HAHA! Sumpah dengki weh. Kan semua orang cita'cita nak masuk u huhu. Tapi lek ah, sabar k.

Aku nak buat ucapan khas untuk insan'insan yang penting dalam hidup aku.

Pertamanya, kepada Nur Fatin Fatihah.
Hai! Bangga kan nama mu dalam blog aku hahahaha! Nanti masuk Unisza jaga diri leklok. Jangan main'main. Belajar biar sampai dekan. Aku cabar mu. HAHA AKU TAIP FORMAL SEBAB TAKUT ORANG LAIN TAK FAHAM HAHA! Cari kawan yang baik'baik. Jangan ponteng kelas. Jangan duk keluar jalan je. Jangan tak study. Jangan study last minute. Jangan buat assignment last minute. Jangan buat assignment cincai'cincai. Skor kuiz. Skor exam. Jadi budak dekan. Okay? Sayang mu sampai bila'bila. Doakan aku jugak :)

Second, untuk Ali! HAHA.
Hai ali! Kehkeh.
Ingat janji setiap sem kena skor. Siapa pointer rendah kena belanja. Sambung farmasi nanti jangan belajar santai sangat.
Okay jangan lupa aku.
tu je.
hahahhaha!

Untuk kawan kawan lain, jaga diri.
Jaga maruah.

Adios!
Put your comment below pls. Nak nasihat sikit hihi. Aku perlukannya :') Terima kasih.



16 comments:

  1. hai batch 98. kita batch 94.. apa apa pun tahniah sebab berjaya habiskn jugak sekolah menengah. tu pun dah satu kejayaan sebab tak semua boleh buat kan. Jadi jangan sedih2 tak dapat universiti. Maybe form 6 is the best for u. Jalan yang diberi Allah semua berbeza. ada yang shortcut, ada yang highway, ada jalan kampung. Jadi kita kena tabah lalui jalan jalan tu. Bgi akak (acah tua pulak, tak pe kan bhs kan dri akak? ) form 6 pun lbih baik berbanding dengan diploma, diploma ni makan masa dik. berdasarkan pengalaman akak la. Tapi tak ada lah akak mnyesal cuma jalan yg adik pilih tu dah betul sebenarnya. Tak salah pun. Jadi jangan sedih2 ya. Nanti form 6 kekalkn momentum pointer 3.5 above. In shaa Allah boleh sambung degree dengan kos yg adik nak. Kipidap dik, jangan sedih sedih naaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you akak! InshaaAllah saya cuba ikhlaskan hati, belajar sungguh'sungguh even jalan mana pun Allah bagi. Ameen :) Ameen, terima kasih :)

      Delete
  2. Akak dulu pun dpt uitm tapi tak pergi sebab impian dulu memang tehingin sangat nak masuk um. Frust punya pasal akak tolak uitm lgpun abah tak bg pergi sbb kos. Dan akhirnya akak ambik diploma dkt ipts dan banyak benda baru yg akak belajar. Dari situ baru faham, tak semua yg baik utk org lain baik utk kita. Tak bermakna kita guna jalan jauh kita gagal. Bila kita guna jalan jauh, banyak cabaran kita jumpa dan banyak pengalaman kita boleh kutip. :) fighting !!!!! Terus gagah ok ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak sebab sudi bagi kata'kata semangat. InshaaAllah saya tak akan give up. Ameen. Semoga akak juga berjaya dunia akhirat ameen :D

      Delete
  3. First, kak nk ucap tahniah. Second, kak nk share sikit kisah kak. Dulu kak minat nk jd ahli farmasi. X ambil sn tulen tp ambil sn tambahan dgn akaun. Kak dpt 4a spm. Upu xdpt. Ipg pun xdpt. Kak taksuka akaun sbb dr form4 sapa trial spm always failed. F sokmo. Spm dpt b je. Tp kak terpaksa accept matrik. Alhamdulillah, kat sana result akaun kak agak cantik. Then sis jd minat dgn akaun.
    Nak bg tau, tak semua impian kite boleh capai dik. Mesti ada sebab knapa adik dapat benda tu. Kak bukan nak adik pi matrik k apa. No. Kak just nak adik fikir balik, cari petunjuk dari Allah. Istikharah is better. Btw, kak doakan adik berjaya dlm khidupan. Insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak! :D
      First, tahniah akak dapat tempuhi life akak dengan berjaya dan inshaaAllah akan terus berjaya ameen! :D
      InshaaAllah saya akan terima dengan ikhlas ameen. Terima kasih atas doa akak :)

      Delete
  4. Hai karimah! saya mai dri group blogger. huhu, tahniah dpt tawaran! Jangan sedih-sedih, tak kisahlah masuk mana-mana pun, yang penting dapat kejayaan dan apa yang kita impikan. In Sha Allah. hehe. Odachee! (Goodluck!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai maisarah! :)
      Terima kasih. InshaaAllah. Goodluck jugak dekat awak :)

      Delete
  5. no matter what you get, its not the end. ini baru permulaan :) strive hard, work harder and be good! in sha Allah, everyone dah ada rezeki masing masing. your real life start bila masuk degree nanti! all the best awak ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah. Ameen. Terima kasih awak :) Semoga berjaya dunia akhirat :D

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. First, tahniah dapat upu. Takpe takpe, insya Allah awak akan dapat yang terbaik dalam hidup walaupun pada awalnya sakit. Keep chasing ur dream! Hihi Moga Allah permudahkan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. InshaaAllah. Goodluck awak jugak :D

      Delete
  9. rezeki kita lain2. Terima seadanya dik :)

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg