Thursday, 7 January 2016

Beza boyfriend/tunang dengan suami


Sumber: Natasha Nadira Mohd Zulkifli

Girls. Sebelum kahwin jangan semua benda nak tanya bf nak tanya tunang. X ada hukum dalam islam yang menyatakan korang nak kena layan bf atau tunang kau tu lebih dari layan parents korang.

Seriously, janganlah sekejap2 "Nantilah aku tanya bf aku dulu." "Tak bolehlah beb tunang aku tak bagi"

Kau tahu. Kau tu milik ayah dgn mak kau. So tanya depa bukan boypreng korang. Kekadang kita terkedu bila kawan2 kita kata. "Alah tanya mak ayah aku buat apa dorang jauh. Aku mintaklah izin bf aku."

Gegadis. Let me tell u something. Jauh ke dekat ke kau dengan mak ayah kau hukum dia tetap sama selagi kau anak perempuan dia dan belum bersuami kau tetap hak mereka. Jadi sebagai sesuatu yang dipunyai, mintaklah izin dengan pemilik kau.

Well...memang x salah kalau kau nak bagitahu depa mana kau nak p. Nanti kang x pasal putus relationship korang dah kau nak kahwin dengan siapa. Cuma itulah. Bezanya bagitahu dan mintak izin tu besar. Jadi followlah betul2 struktur hak milik korang tu pada siapa.

Nampak tak kat situ bertapanya Allah SWT ni sayang teramat pada perempuan smpai x satu saat pun dia lepas sendiri tanpa penjaga dia. Mula2 ayah penjaga kau. Lepas tu suami pulak. Bukan boypreng... hokay. So followlah hak penjaga tu.

Dah lepas kahwin nanti kau nak mintak izin bf kau pun gasaklah. Lepas kahwin ek aku cakap ni. Sebab masa tu depa dh jadi suami kau. Karang kalau kau keluar rumah tak mintak izin suami dh jadi nusyuz pulak. X pasal2 masuk neraka free2 je.

Cuma aku nak pesan satu je. Adillah pada ibu bapa korang. Depa dh penat2 besarkan korang dah tetiba korang lupakan depa punya hak istimewa. Padahal depa masih lagi tanggung dosa korang tapi korang dh lucutkan hak istimewa ibu bapa tu dari depa. Kesianlah kat depa duk setia tanggung dosa anak2 depa yang hampeh mcm kita semua ni tapi x dapat langsung hak istimewa sebagai penanggung dosa korang.

Sekian. 
Akak kaki bebel.

Sumber : https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan

4 comments:

  1. betul tu,tak elok jugak kalau terlebih sayang selagi belum bergelar suami,belum apa2 lagi dah membelankangi ibu bapa sendiri..Ya Allah moga dijauhkan

    ReplyDelete
  2. Kedua ibubapa kita lbh brhak selagi blm brsuami

    ReplyDelete
  3. setuju... jgn lupa batas agama...

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg