Monday, 14 December 2015

9 CONTOH GEJALA MEMPERSENDAKAN AGAMA



Assalamualaikum :)



AMARAN KERAS!!!!!

JANGAN sesekali anda mempersendakan agama Islam. JANGAN. Hukumnya haram dan berdosa. Hati'hati kawan'kawan :)

InshaaAllah pada hari ini aku nak kongsikan kepada semua contoh'contoh gejala mempersendakan agama.
Here i go~

1. Makan pada siang hari di khalayak ramai pada bulan Ramadhan.


Ehem, sebenarnya yang ni memang berlaku dalam masyarakat kita. Terutama kepada kaum wanita. Ya, orang yang melihatnya mungkin akan beranggapan anda sedang PSM (keuzuran) tetapi hormatilah bulan Ramadhan. Tak elok buat macam tu, berdosa :)

2. Menyambut hari raya dengan hidangan minuman keras.

3. Menyambut perayaan dengan hiburan yang diharamkan oleh syara'

cth mudah : Sambut hari raya dengan makwe, berpegangan tangan, berpeluk atau bersalaman. Haih, jangan rosakkan kegembiraan hari raya awak dengan malaikat duk catat dosa awak :)

4. Menyempitkan konsep beragama pada tuntutan fardhu ain semata'mata manakala tuntutan fardhu kifayah diabaikan.

Yang ni aku payah nak terang sebab aku takut aku TERsalah terang. Korang yang nak tahu, boleh rujuk yang lebih arif. Maaf :')

5. Menganggap bahawa ajaran Islam tidak sesuai dengan peredaran zaman.

Em yang ni sama dengan konsep berpakaian ketat sebab rasakan berpakaian longgar itu ketinggalan zaman. Haih awak, bukan ketinggalan zaman, tapi dah memang tuntutan agama Islam :)

6. Menghina dan mengkhianati kitab'kitab agama dan para ulama'

cth : Mengejek cara bacaan Al-Quran, memijak atau mengoyakkan helaian alQuran, meletakkan alQuran di tempat yang hina ( sama taraf dengan kaki)

7. Memutarbelitkan maksud ayat AlQuran dan Hadis untuk kepentingan peribadi sesuatu puak.

Em macam yang berlaku sekarang. Wujud ajaran sesat yang menyatakn solat hanya perlu niat sahaja berdasarkan hadis Nabi ada menyatakan. sesuatu perkara berdasarkan niatnya. Itu salah. Jangan mudah terpedaya dengan ajaran sesat itu. Belajar agama dengan lebih mendalam. InshaaAllah terselamat :)

8. Mempersendakan sunnah Rasulullah.

cth : Ejek lelaki berjubah singkat atau berserban.

9. Mempersendakan wanita Islam yang menutup aurat.

Haaaaa! Yang ni ramai zaman sekarang. MasyaAllah :(






8 comments:

  1. minta dijauhkan dari semua larangan ini,,Amin!

    ReplyDelete
  2. nauzubillah :(
    moga kita dijauhkan dari golongan2 ini :)

    ReplyDelete
  3. setuju. walauapapun kena terus menuntut ilmu. Mudah-mudahan kit aberjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. nauzubillahiminzalik. moga kita terhindar daripada melakukan perbuat macam tu. +_+

    ReplyDelete
  5. @aRz MoHa Yup :) Pepatah arab pun ada cakap "belajar sampai ke liang lahad", maksudnya, sampai kita mati :)

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg