Thursday, 14 August 2014

Resepi Kejayaan





RESEPI BELAJAR

Bahan-bahannya: 

1. Buku secukupnya (ikut selera masing-masing) 
2.Sebuah ketekunan 
3. 3 mangkuk kerajinan 
4. 4 hiris keinsafan 
5. 5 keping kasih sayang 
6. Beberapa potong kasih 
7. Segenggam harapan 
8. 1/3 cawan air mata keinsafan 
9. Semangkuk azam 
10. Sekuntum keimanan dan ketaqwaan untuk hiasan 

Cara membuatnya: 

1. Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam.
2. Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati. 
3. Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter pati usaha. 4. Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama. 
5. Kemudian titiskan air mata keinsafan. 
6. Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa. 
7. Tambahkan sedikit kerajinan. 
8. Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa. 
9. Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah. 

Cara menjamahnya: 

1. Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya. 
2. Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi. 
3. Hiasilah dengan seyuman. 
4. Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini. 


Selamat menjamah :)

Ayuh, mari sama'sama kita mengejar kejayaan. Berjaya di dunia dan akhirat InShaaAllah ;D
Wallahua'lam.


3 comments:

  1. huhu insyaallah..kena juga ikut resepi ni..usaha..kalau nak berjaya ;) thanks

    ReplyDelete
  2. nice sharing dear, mama singgah dan follow sini ye..

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg