Wednesday, 28 May 2014

TIPS PEREMPUAN BERHIJAB : Cara menghilangkan buah rambut.

Comel kan Haliza Helmi? Cute jee :)

Hai. Assalamualaikum :)

Sebenarnya aku tertarik untuk kongsi tips ni untuk korang semua sebab aku pun mengalaminya -_- Almaklumlah budak sekolah. Sekolah kan waktu pagi, so no time untuk mengeringkan rambut. Aku tak suka pakai pengering rambut sebab ianya boleh membuatkan rambut aku kasar.

Taknak mandi rambut pagi'pagi, aku ada migrain. Aku memang selalu tak mandi rambut pagi'pagi, tapi kebelakangan ni, aku selalu migrain teruk. Serious sakit. So aku ambil keputusan nak mandi rambut pagi pagi.

Dannnn buah rambut pun muncul -_- dengan lebatnya.

Macam'macam buah ada. Rambutan, durian, cempedak, betik -_- Aaaaaa aku tak suka. Haha. So aku nak kongsikan tips macam mana nak hilangkannya.

Sumber : SINI


1) Ambil segenggam daun buluh dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk membasuh rambut. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut akan lebih mudah disikat dan buah pada rambut akan luruh apabila disikat.


2) Tumbuk daun inai sehingga lumat. Lumurkan ada seluruh rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilas dan sikat rambut.


3) Ramas daun pinang bersama sedikit garam kasar dalam sedikit air, kemudian sapukan air pada keseluruhan rambut dan kepala. Biarkan selama setengah jam dan bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut akan lebih mudah disikat dan buah pada rambut akan luruh apabila disikat.

Sumber : SINI

Untuk membuang buah pada rambut, ambil beberapa batang kangkung kemudian direbus. Basuh rambut anda dengan air yang digunakan untuk merebus kangkung tadi. Biarkan untuk beberapa minit dan basuh semula dengan air bersih.

Ada jugak yang suruh basuh dengan air santan kelapa.

-----------

Aaaa yang ni je aku jumpa dekat Encik Google.

Em aku nak try jugak 4 tips ni. Korang ada tips lain? Boleh komen bawah ni :) TAPI TOLONG JANGAN SURUH AKU POTONG RAMBUT. Haha serious talk. Aku taknak potong rambut. Sayang weh. Umi aku berapa kali dah suruh potong, aku taknak. Kalau terdesak sangat, baru aku potong. Huhu.

Okay kerjasama anda semua, amat saya hargai! :)
Thank you.

Btw, happy holiday!


11 comments:

  1. Dulu selalu jugak naik buah rambut ni. Tapi sekarang dah takde dah. Macam mana boleh jadi camni sebenarnya? Musykil sungguh.

    ReplyDelete
  2. ahaha kelakar..
    kalau tak nak ade buah rambut, bangun mandi awal2 and dah sudah mandi balut dgn kain tuala, dah siap pakai2 baju, lap pelan2 rambut and then pakai minyak rambut bila dah rasa rambut kering sikit:)

    yg petua inai tuh kan.. pnah cuba tapi bkn utk buah rambut.. utk bagi rambut kaler merah oren tapi tak jadi since rambut still pekat tulen ahaha XDD

    tapi rasa segar bila pakai inai and suka bau dia (even setengah org cakap bau inai busuk) XDD

    ReplyDelete
  3. @Nadzirah Salahuddin Sebab rambut tak keringkan sebelum pakai tudung. Huhu.

    ReplyDelete
  4. @Junkyo No Hikari Haha buat selalu dah tapi still berbuah :( Em sadlife sungguh. Haha. Inai memang tak jadi kalau rambut hitam pekat. Lain lah kalau yang ada uban. Memang nampak macam omputih la. Haha

    ReplyDelete
  5. salam sis nk tnye, buah rambut tu macamne? sbb skrng ni jujur sye ade masalah rambut berkutu, and sye syak dtg dari gf, jumpa dia 4 bulan skali, recently, dia ada dtg kl jumpa saya and pernah lah g mandi sungai, masa tu nmpk mcm bnyk benda putih (yg sye syak telur kutu) dkt rambut dia. bila disoal, katanya buah rambut, now, sye kena lak jangkitan wabak kutu ni, puas cari kt google buah rambut tu ape, yg ade buah pineapple and banana, eh mcm2 buah lg lah. tp xde pun yg tunjuk ape tu buah rambut.do dlm dilema ni......... bole tlg x kak? email sye di Fariddparkourkid@gmail.com ltak r subjek buah rambut ke ape ke. nk nangis da ni gatal sgt kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply!
      I will email you asap. Thankyou

      Delete
  6. Hi sis, petua mana yg sis ikut ? Macam mana nak hilangkan

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg