Tuesday, 6 May 2014

MINI CONTEST HARI GURU 2014: SEBUAH KENANGAN


contest hari guru
Klik untuk join :)
Tamat 14May2014.

Assalamualaikum semua :)
Contest kali ini disyaratkan untuk menulis tentang guru.
Here i go :)
Harap menarik perhatian penganjur dan para guru semua :) Ameen!

Bismillahirahmanirrahim...

Guru? Siapakah guru? Apa peranannya? Semua itu sudah diketahui umum. Guru merupakan insan yang menyampaikan ilmu. Guru berperanan sebagai penyebar ilmu, pengajar, dan pembimbing anak'anak murid.

Tanpa guru, siapalah kita? Tanpa guru, siapalah pemimpin sekarang? Tanpa guru, bagaimanakah masyarakat sekarang?

Guru merupakan insan yang penting dalam kehidupan kita. Gurulah yang mengajar kita semua tanpa penat dan lelah. Seteruk mana pun perangai kita, guru tetap tabah menyampaikan ilmu, tabah menjalankan tanggungjawabnya. Mungkin masyarakat sekarang memandang enteng terhadap pekerjaan guru kerana gaji guru tidaklah sehebat para doktor. Tapi tanpa guru, sesorang itu tidak mungkin menjadi doktor. Betul kan?

Tak semua guru kita suka, tak semua guru kita sayang, tapi semua guru sayang terhadap anak muridnya. Semua guru sanggup berkorban demi anak muridnya. Mungkin ada guru yang sering mengherdik kita, sering memarahi kita, tapi tahukan anda bahawa mereka sangat sayangkan kita. Mereka tidak mahu kita semua bodoh. Ya mereka mahu melihat kita berjaya. Berjaya menjadi insan yang cemerlang.

Saya juga pernah dimarahi, diherdik di depan semua orang, padahal ketika itu, saya tidak melakukan apa'apa kesalahan. Pada ketika itu, saya merasakan sangat'sangat bencikan guru tersebut. Untuk pertama kali dalam hidup saya, saya merasakan perasaan benci terhadap guru. Tetapi saya tidak mahu perasaan itu terus ada dalam diri saya kerana saya tahu, guru menyampaikan ilmu, jika saya ingin ilmunya, saya mestilah bersikap baik terhadapnya. Jadi saya membuat keputusan untuk memafkan guru tersebut tanpa dia meminta maaf. Saya sedar taraf seorang guru. Walaupun kita sebagai anak murid yang salah, kita tetap wajib mengalah.

Guru juga ibarat ibu. Dialah yang mengambil berat tentang kita. Dialah yang menjaga kita di sekolah. Oleh itu, kita harus menghormatinya seperti mana kita menghormati ibu kita sendiri. Jangan kerana sikap kita, ilmu yang kita dapat, Allah tak redha. Jangan.

Belajarlah kerana Allah. Hormati guru. Sayangi kawan'kawan. InShaaAllah berjaya dunia akhirat. Jangan lupa ibu ayah. Tanpa redha ibu ayah, tiadalah redha Allah.

Allahua'lam.

Saya kongsikan satu nasyid. Khas buat guru'guru diseluruh Malaysia :) Mari sama'sama kita hayati dan ambil pengajaran. InShaaAllah :D



Terima kasih :)
Selamat hari guru! -16Mei2014-


No comments:

Post a Comment

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg