Friday, 11 April 2014

CONTEST: SELAMAT HARI JADI MYNAMEIKA DENGAN TEMA "HIDUP UNTUK MEMBERI"


"Hidup untuk memberi"

Assalamualaikum semua ;)
Jom kita semua faham apa itu maksud "Hidup untuk memberi"

Alhamdulillah kita semua tahu kita hidup di bumi Allah ini, cukup serba serbi. Allah dah bagi kita tubuh badan, oksigen, kehidupan yang alhamdulillah sempurna walaupun kita sentiasa dikunjungi oleh masalah yang tak pernah putus'putus hadir dalam kehidupan kita.

First at all, kita semua dah bersyukur belum hari ni? Bersyukur dengan nikmat Allah? Kalau belum, ucap alhamdulillah luu skalih sambil mengingati Allah. InShaaAllah Allah pun akan ingat kitaaa :)

Dalam kehidupan kita ni, Allah dah bagi semua yang kita PERLU. Perasan atau tak? Allah bagi oksigen untuk kita sedut. Kalau Allah tarik nikmat tu, tak ke naya kene duk kat hospital sambil dapat bantuan oksigen dari alat buatan manusia tuh? Nak ke? Mestilah taknak kan?

So, kita semua mestilah bersyukur atas semua nikmat yang Allah bagi tuh :)

Dan salah satu cara bersyukur ialah MEMBERI apa yang kita mampu kepada orang yang memerlukan or beri kepada sesiapa sahaja sebagai hadiah. Dalam masa yang sama kita dapat menggembirakan hati orang tu. Kan dah dapat pahala kat situ? Senang je tau nak dapat pahala ni :)

Syarat nak beri hadiah kat orang ialah, barang atau benda tu mestilah yang paling kita sayang. Hehe sanggup ke? Haha. Dan mestilah baik rupanya. Jangan beri yang buruk -_- Itu kianat namanya. Tak baik, dosaa :p

Aku nak kongsikan satu cerita untuk diambil pengajaran, bukan untuk membuka aib sesiapa. HANYA satu perkongsian.

Hari tuh kan, kakak aku ada menang satu hadiah giveaway ni. Dia menang sticker. And aku pun tumpang gembira. Dia pun p lah tuntut. Alhamdulillah sponsor tu bagi respon. Seminggu kemudian datanglah posmen *pin pin* Haha. Then sampailah hadiah tu. Kakak aku pun bukee lah dengan penuh semangat. Tup tup, dapat sticker mamee yang korang akan dapat dalam bungkusan mamee harga 30sen tuh -_- saiznya dalam besar duit 20sen. Ada ke patut "benda" tuh dibagi untuk hadiah giveaway? Dahlah sticker tu tak bersih, ada lagi sisa mamee yang melekat .___- Haish, aku pun tak faham sebenarnya dengan manusia zaman sekarang nih -_- Kakak aku tak marah pun, dia cakap "biarlah, budak'budak punya kerja la ni. Biasalah" Haha aku cuma gelak je dengar.

Kesimpulannya sekarang, kalau kita nak MEMBERI, memberilah yang baik'baik. Lebih banyak kita memberi, InShaaAllah lebih banyak yang Allah akan kasi. Jangan risau. Allah Maha Pemurah tau :)

Haa, sesiapa nak join contest ni, klik SINI sebelum 20April2014


NotaKaki: Nak join giveaway'giveaway yang awesome lagi menarik tertarik kau memang da boom? Haha. Click SINI k ;)

6 comments:

  1. Assalamualaikum.... Hai awk.... Alhamdulillah.... Ad jugak yang sudi join contest saya.... Entri nye pon ad yg bnr mnyedarkan saya... Tunggu keputusan nanti ye... Done follow awk... Jemput datang rumah ye :-)

    ReplyDelete
  2. @Atikah Sismoon Waalaikumussalam :D Hi back ^^ Terima kasih. InShaaAllah nanti saya akan selalu datang ke teratak akak C:

    ReplyDelete
  3. @Karimah Zulkafali heheheh terima kasih sayang..., mmuuaaahhhh

    ReplyDelete
  4. gud luck dan selamat bercontest...

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg