Sunday, 9 March 2014

WAHAI HAWA :(



"Whosh! Tengok, tengok. Kiutnya awek tu! Tu yang shawl polkadot tu."

Aku tonyoh-tonyoh lengan kawan aku sambil tunjuk pada sekumpulan gadis.
Kawanku mata dah ke atas. Malas nak melayanku.

Istighfar panjang.
"Kau ni, kita datang ke mall ni sebab nak beli barang dapur. Bukannya menggedik."

Kawan sikit tegas.
Aku cebik bibir.

"Kau pun sebenarnya nak tengok juga kan, kan, kan?" 

Tiba-tiba kawan ambil sesuatu dari beg galasnya. Dikeluarkannya. Diletakkan atas kepalaku.

"Pakai kopiah ni. Jangan tanggalkan."

"Wei, apa ni? Gila kau shopping pakai kopiah. Tak macho la weh! Aduh, ranaplah rambut pacak aku. Setengah jam tahu aku setting rambut aku tadi."

Aku membebel tak puas hati. Kawan pegang bahu aku dan berkata,

"Kau tahu tak dosa tu dari mata terus ke hati? SALAH tengok aurat wanita bukan mahram tak kiralah dia wanita muslim atau belum muslim. Kita nak masyarakat semua tutup aurat, itu di luar kemampuan kita. Tapi, kita mampu jaga mata kita dari melihat mereka. Hatta tabarruj mereka, kita yang tahu ianya salah patut mulakan dari diri kita sendiri betulkannya."

"Maksud kau?"

"Betulkan aurat dan tabarruj wanita itu bermula dengan mata lelaki kita. Lelaki kan pemimpin wanita. Bila lelaki tak lagi mahu melihat aurat dan perhiasan wanita, mereka pun tidak berminat lagi untuk menarik perhatian lelaki. Mereka melaram untuk dilihat cantik oleh kaum lelaki utamanya. 
Lelaki perlu tak peduli langsung. Suami cuma peduli dan puji pada pakaian, aurat, perhiasan isterinya sahaja tidak pada wanita lain. Pasti wanita akan berlumba-lumba tampil jelita untuk suami sahaja. Tapi, oleh sebab lelaki yang mulakan pujian di gambar-gambar manja mereka di laman sosial contohnya, mereka jadi lebih teruja untuk jadi lebih berani dedah aurat dan tampil cantik untuk lelaki yang bukan suami mereka."

"Okay, aku faham. Tapi, aku tak faham kenapa kopiah ni atas kepala aku?"



"Kopiah ini pelindung kau. Serban dan kopiah bukan semata-mata pakaian. Bila kau pakai, kau dapat beberapa kelebihan;



  1.  Dengan kopiah di atas kepala, kau takkan sanggup mengurat gadis di jalanan.
  2. Kau malu pada diri sendiri. Kopiah adalah pakaian orang Islam. Jadi, kau ingat kau tu orang Islam dan Tuhan yang Maha Memerhati adalah Allah. Kau mahu cemarkan imej orang Islam?
  3. Bila perempuan seksi lalu, turunkan kopiah kau ke muka sehingga menutupi mata. Jadi, kopiah tu jaga mata kau dari dapat dosa percuma.
  4. Orang yang pandang kau akan pandang dengan perspektif yang baik-baik. Mereka akan kata, 'bagusnya lelaki ni. Solehnya lelaki ini'. Bukankah kata-kata mereka satu doa even mereka sebut dalam hati? Begitu juga kepada yang bertudung.
  5. Kopiah dan serban sebagai perisai iman kau. Pakai kerana Allah dapat pahala. Pakai sebab nak tunjuk bagus, tak dapat apa-apa.
  6. Masuk waktu solat, boleh terus solat dengan kopiah dah di kepala. Silap-silap orang suruh jadi imam. Wow!
  7. Manalah tahu ada yang berminat nak jadikan kau menantu. Hehe."

Aku tunduk mengadap lantai. Sambil betulkan kopiah di kepalaku. Jalan sambil tunduk-tunduk ke bawah. Praktis mek perfek.
"Tundukkan pandangan ni tanda lelaki ada al-Haya' iaitu malunya. Malu itu cerminan iman. 
Malik bin Dinar kata, 'Allah tidak menghukum hati seseorang dengan lebih keras, kecuali saat ia melepaskan sifat malunya.'

Al-Munawi pula kata, 'Malu Imani' adalah panggilan bagi muslim yang tidak melakukan amalan yang diharamkan kerana takut kepada Allah.'

Dalam suatu hadis, Umar meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Malu dan iman adalah dua sisi yang selalu bersama. Jika salah satunya hilang dari keduanya, maka yang lain juga ikut hilang. (HR Al-Hakim)'"

"Maknanya, orang yang suka melilau memerhati wanita-wanita itu bukan dari orang yang beriman?" Aku bertanya.

"Lihat tanpa rasa malu. Tak rasa malu pada Allah. Tak rasa malu walaupun Rasulullah dah tegah. Tak rasa malu pun pegang status Muslim. Tak rasa malu tengok benda haram. Apa dia tak malu masih nak mengaku dia tu orang beriman?"

Soalan dijawab dengan soalan.

#Copy and paste untuk perkongsian bersama :)


NotaKaki: Nak join giveaway'giveaway yang awesome lagi menarik tertarik kau memang da boom? Haha. Click SINI k ;)

2 comments:

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg