Sunday, 16 February 2014

"First Giveaway by Dirah"


Click on banner to join before 4April2014 :) Meh la join GA Dirah jom :)

Hai Dirah. Hari ni saya nak share satu puisi yang menarik dan berfaedah untuk kita semua. Ambil pengajaran ye semua? :)

JOM BERSANGKA BAIK DAN JANGAN BERSANGKA BURUK

Ada sangka baik
Ada sangka buruk

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Orang sedang beribadah disangka riak
Orang rileks disangka malas 

Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang senyum disangka mengejek 

Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda 
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...


Mana tahu yang bincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berdiam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka


"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.." 

(AlHujurat:12)



Alhamdulillah. Banyak pengajaran yang kita dapat daripada puisi tersebut kan? Alhamdulillah. Syukur.



NotaKaki : Nak join giveaway'giveaway yang awesome lagi menarik tertarik kau memang da boom? Haha. Click SINI k ;)

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nice blog and entri :D Keep it up !

    ReplyDelete
  3. ga dilambatkan lagi.Ga tmat shingga 15 org peserta.

    ReplyDelete
  4. Maaf sebab asyik ade perubahan.GA tamat 4 April :) Dan ade syarat terbaru :) Harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Maaf sebab asyik ade perubahan.GA tamat 4 April :) Dan ade syarat terbaru :) Harap maklum.

    ReplyDelete

 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg