Monday, 30 December 2013

Bersediakah kita? Alam barzakh semakin menghampiri :(

Hai :) Assalamualaikum!
I'm here again :) Wanna share a short story for you guys! Read until finish okay? Thanks :)



Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.
Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi. 
Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis) 
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh." 
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?" 
Ayah: "Silakan." 
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?" 
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini." 
Anak: "Itu je?" 
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu." 
Anak: "Wah..nak tahu.." 
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni." 
Anak: "Apa dia?" 
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya." SaAnak: "Alhamdulillah. Kedua?" 
Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama." 
Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.." 
Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa." 
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak. 
Seketika, si anak tersedar dari mimpi. Linangan air mata hangat mengalir di pipi. Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi. Nasihat ayah bonda kekal di hati.


cerita: Muhammad Rusydi

So? Dapat pengajaran? Alhamdulillah. In Shaa Allah kita sama'sama berubah :) Ameen!

Salam sayang daripada

" Segmen Pencarian Bloglist Di Mohd Noor Shawal's Blog " TAMAT // TERPILIH :)


>>> Tamat : 4 Januari 2014 / 9:30 PM <<<

Sunday, 29 December 2013

"Segmen Azam Blog 2014 by HBP" TAMAT :)


Hai hai hai :)
Azam blog aku untuk 2014 ialah aku mahu menulis sebanyak yang mungkin entry yang membawa faedah kepada ramai orang kerana...
"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti" Saidina Ali R.A


Harap anda semua turut menyokong azamku ini :) In Shaa Allah. terima kasih :)

p/s : tarikh tutup : 2 Januari 2014 jam 12.00 tengah hari!

Saturday, 28 December 2013

Couple Islamik?


Hai semua! Assalamualaikum :)
Hari ni aku nak kongsikan satu cerita pendek tentang "Couple Islamik". Harap semua faham dan maaf jika ada yang tersinggung :(


COUPLE ISLAMIK. Apa maksudnya?
Jom baca kisah ni..
Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah. Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC" Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! Kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq dan Safura ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?" "No." jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya."Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.
Peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya. Wallahualam.
P/s : Couple itu Haram. Jauhi Pergaulan bebas!

Dah habis? Tahniah kerana dapat habiskan bacaan tanpa berhenti separuh jalan :) Dan aku nak bagi tahu sesuatu, couple islamik ni sama je versi dengan TEMAN TAPI MESRA. Yeah, nama yang lain, tapi tetap hukum yang sama. TTM ialah pasangan kawan antara seorang lelaki dan perempuan yang mempunyai perasaan suka sama suka dan masing'masing mengetahui perasaan masing'masing. Dan ianya tetap HARAM :)

Sekian, salam sayang daripada, 

'Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass' TAMAT :) // TERPILIH


p/s : Segmen ini tamat pada 31.12.13, jam 1200 tengah malam.

Friday, 27 December 2013

"NewGiveaway By Sh.Amarina and Amila" TAMAT // TERPILIH :)


"New Giveaway By Sh.Amarina dan Amila"

JOM TERJAH : BEST SEO CONTEST FOR THIS YEAR! ==► CONTEST SEO ERIDY

GA ini bermula pada 27 Dec 2013 - 27 Jan 2014 dan tamat tepat jam 12 malam pada 27 Jan 2014. Pemenang akan diumumkan pada 30 Jan 2014. GA akan terbatal apabila tidak melebihi 50 peserta. Hadiah menarik menanti anda semua !! Jom join semua :)
Mencari 33 pemenang bertuah

Kpoplicious Online Shop
-Kpoplicious Online Shop ialah satu organisasi yang menjual barangan'barangan kpop dan powerbank design baru dan terkini. Ianya juga menerima tempahan printing. Kpoplicious Online Shop boleh didapati dilaman sosial Facebook. Ianya aktif sejak 29 Noevember 2013. Jom terjah (SINI)

D'Orchidcharm Shoppe
-D'Orchidcharm Shoppe ialah satu organisasi yang menjual pelbagai jenis blouse, skirt, shawl, baju kurung dan banyak lagi. Kedai ini dibuka khas buat para wanita dan perempuan diluar sana yang ingin membeli barangan secara online. Jika anda berminat, contact 013-792 8068 Tunggu apa lagi? Jom kita terjah (SINI)

Thursday, 26 December 2013

"Special Giveaway By Afiqah"


Salam sayang,

"Pencarian Bloglist dan Review Blog" TAMAT :))




p/s : Bermula 25 Disember 2013 hingga 4 Januari 2014 (Mungkin juga diawalkan)


Wednesday, 25 December 2013

Usaha + Doa + Tawakkal = Redha !

Hai semuaaaaa :) Assalamualaikum!
Moga sihat walafiat semua! Sudah ucap alhamdulillah belum hari ni? Belum? Nahhh, cepat ucap sekarang! Sudah? Haa, bagusss! Haha -_- Aku da start merapuu.

"Usaha + Doa + Tawakkal = Redha !"

Itu tajuk aku kali ini.

Sebenarnya aku terfikir nak buat entry ni disebabkan aku baru lepas daripada PMR. Yeah! I got my result. And I just got 8A and 1B --' The subject that i got B is Arabic. So sad because I was learn Arabic for 10 years. Hm hm, never mind. Mungkin takde rezeki aku letuww :3

Entry ini istimewa buat para pelajar yang baru je dapat result UPSR, PMR dan yang bakal mengambil exam SPM. Kepada yang tak dapat result cemerlang dalam UPSR dan PMR, jangan give up! SPM masih ada~ Do your best! Jangan ulangi kesalahan yang sama! Meh aku bagi beberapa tips yang mungkin berguna untuk korang :)

First at all, korang kena USAHA! Yeah! Usaha tangga kejayaan k :) Dekat sekolah, belajar rajin'rajin. Buat kerja sekolah. Tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar. Dekat rumah, do exercise! Yeah. Every single day! Kalau malas, ponteng lah skali skale. Hehehe :D

Second! Doa banyak'banyak bagi Allah buka pintu ilmu :) Tanpa izin Allah, kita semua tak akan dapat fahami ilmu Allah. Semua ilmu atas bumi ini, semua milik Allah. Eh eh, bukan bukan! Semua yang ada atas muka bumi Allah ni, SEMUA MILIK ALLAH. SEMUA. So, apa yang kita nak buat, mestilah dengan izin Allah. Kalau Allah tak suka, jangan buat. Okay?

Third! Lepas usaha, lepas doa, kita kena tawakkal. Tawakkal tu apa? Berserah segala'galanya kepada Allah selepas berusaha bersunguh'sungguh :) *Pendidikan Islam Tingkatan Tiga* Tawakkal itu penting. Sebab itu tanda kita percaya akan qada' dan qadar Allah :)

Last skali, kita kena REDHA :) Sebelum kita dapat tahu result kita, kita kena doa dekat Allah, supaya Allah bagi kita redha dengan ketentuan Allah. Lepas kita dapat tahu result kita, pasti kita tak akan menyesali apa yang sudah berlalu. Aku jamin :)

Allah tak pernah mungkir janji :) Kalau kita usaha banyak, Allah akan bagi kita banyak. Kalau kita usaha sikit, Allah akan bagi kita sikit. So, semua yang berlaku, atas usaha kita sendiri. Jangan salahkan takdir Allah :)

Dan.................. Kalau kau rasa kau dah usaha banyak, dah doa, dah tawakkal, tapi tetap tak dapat result cemerlang. Haaaa! Yang tu kau kena check diri kau. Apa salah kau sampai doa kau tak termakbul? Dosa dengan ibubapakah? Dosa dengan cikgukah? Dosa dengan keluargakah? Dosa dengan Allah kah? Hehe. Kene muhasabah diri tu :)

Aku selalu fikir macam ni, kalau aku tak dapat cemerlang, ibubapa aku happy tak? Mesti diorang malu nak cakap result aku dekat family, dekat jiran'jiran, dekat kawan'kawan. Aku taknak bagi ibubapa aku malu. Malu dengan result anak sendiri walaupun ibubapa aku cakap diorang tak kisah aku dapat brape pun asalkan perangai elok.

Okay, taknak panjang'panjang, nanti korang bosan nak baca -_- Harap netry ini bermanfaat :)


Salam sayang,

Tuesday, 24 December 2013

"Pencarian Bloglist 5 bulan by Eka" TAMAT // JUNE :)


Hai :) Joined!

First at all, assalamualaikum!
Eka suruh komen pasal blog Eka erk? Hehe. Blog Eka awesome! Lagi'lagi header tuh. Aumm, comellll :) Serious talk. Haha. Jealous tau. Takpandai nak edit header macam tuh -_- Haha. Last, don't give up on blogging! Stay strong! :)

# segmen akan tamat pada 31 . January 
so join lah beramai - ramai 

Tag : Ashirah - http://ashirahazif98.blogspot.com/

"Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary" TAMAT // TERPILIH :)


Joined :)

p/s : Pencarian ini bermula 23/12/2013 - 8/1/2014

Thursday, 19 December 2013

"SPECIAL GIVEAWAY BY GALERI KRAF NAILOFAR" TAMAT // TERPILIH :)

Hai :) Assalamualaikum! Ini kali ke-2 aku sertai GiveAway :3 Harap terpilih! Ameen :)

Btw, syarat'syarat GiveAway kali ini mudah XD Seriously. Tak percaya, korang try terjah -> http://galeri-krafnailofar.blogspot.com/2013/12/special-giveaway-by-galeri-kraf-nailofar_15.html

Harap sudi sertai :)

"Sempena ketibaan tahun baru 2014, saya bertekad untuk menjadi muslimah yang beriman :) Saya nak berubah! Yes, berubah menjadi lebih baik. Menjadi muslimah yang betul'betul menjaga ikhtilat. Takmau da jadi perempuan yang "sosial". Bergaul dengan semua lelaki. Harap sangat'sangat, azam saya kali ini berjaya dilakukan :) Doakan ya semua? Mulai tahun 2014, saya akan menjadi pelajar tingkatan4! Yeah, saya lepasan PMR. Alhamdulillah, result memuaskan walaupun 1subjek B --" Saya harap saya boleh capai straight's A for SPM 2015. Saya mahu menjadi anak kebanggaan umi dan abah! Saya nak umi dan abah gembira dengan pencapaian dan akhlak saya :) In Shaa Allah. Ameen ya Rabalalamin :)"

p/s : Tarikh umum pemenang pada 31 Disember 2013 :D Harap menang!


Sekian daripada saya,
 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg