>

Friday, 26 August 2016

Entry mengarut --

[26082016, 12:57]

Hi.
Assalamualaikum.


UKM - universiti impian untuk sambung sarjanamuda undang-undang. Ameen!

Entry ini ditulis dek kerana aku terasa begitu tercabar dengan keputusan TOV aku. Aduh. Pengajian Am tak lulus woi.

okay
aku dah tak tahu nak taip ape.
aku rasa entry ni aku merapu je lebih.
entah ada orang baca atau tak.
hm.

fikiran aku bercelaru.
malas nak tweet. so aku buka blog dan menaip di sini.

aku rindu.
kerinduan yang tiada penamat.
buat aku penat.

aduh.
aku perlukan perubahan.
perubahan untuk masa depan aku.
aku mesti korbankan masa aku dengan phone - instagram - movie kepada masa aku dengan buku - latihan - nota

wahai karimah bakal peguam cantik suatu hari nanti, semoga kau terus kuat untuk tempuhi segala cabaran dan dugaan ini. jangan leka. jangan malas. tolong. kalau kau tak kuat nak lawan godaan nafsu malas kau, siapa yang akan jadi peguam cantik kalau bukan kau? KAH!

sorry perasan. tersyok sendiri.
hm bagi kata kata semangat sikit pls.
bye
hm


Wednesday, 3 August 2016

Kuatkan dirimu wahai Hawa

Wahai sang lelaki,
Engkau tahu bahawa insan bernama Hawa,
Insan yang lemah.
Tapi mengapa?
Mengapa engkau masih menguji kesetiaannya kepada tuhan?
Engkau berbicara memberi harapan
Harapan yang belum tentu kau pasti
Harapan yang kabur.

Engkau lontarkan satu harapan
Menjadi harapan seorang hawa
Seorang hawa yang selama ini kental,
Kini dibuai oleh sebuah harapan.
Harapan yang sememangnya satu penipuan!

Engkau tidak sedarkah wahai sang lelaki?!
Engkau masih belum punyai apa-apa
Untuk berbicara sedemikian.
Engkau hanya bermain kata!
Kata-kata yang tajam seperti sebilah pedang.

Dan akhirnya,
Engkau hanya menyakiti hati seorang hawa.

Wahai sekalian hawa.
Jangan engkau terlalu mudah mempercayai.
Kata-kata seorang lelaki itu belum tentu ada benarnya.
Lebih-lebih lagi, lelaki remaja.

Wahai hawa yang disayangi.
Jika seorang lelaki mengatakan kesanggupan untuk menunggumu,
Jangan mudah engkau menaruh sebuah harapan
Benarlah,
Kata-kata hanya sekadar kata-kata,
Sehingga ia menjadi satu realiti.

Wahai sang hawa,
Jangan terlalu kecewa.
Jika dikau ditipu lelaki durjana!
Sedarlah bahawa dikau terlepas daripada satu binasa
Yang akan menjadikan engkau lebih kuat
Kuat menghadapi penipuan seorang lelaki.

Aku mohon kepadamu sekalian hawa,
Kuatkan dirimu.
Sayangi dirimu.